Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiktok

Kenyataan Balas TikTok Berkenaaan Dakwaan Lubuk Pedofilia

Posted on Februari 4, 2020

Pihak Tiktok telah memberikan kenyataan balas berhubung dakwaan pihak berkuasa dari jabatan jenayah siber Australia bahawa aplikasi sosial popular TikTok adalah tidak selamat kepada kanak-kanak.

Menerusi kenyataan balas tersebut, TikTok memahami kebimbangan ibu bapa hari ini dan telah menyenaraikan ciri-ciri keselamatan secara menyeluruh yang mudah diakses oleh ibu bapa atau penjaga.

TikTok telah membangunkan ciri keselamatan dipanggil Age Gate yang hanya membolehkan pengguna berusia 13 tahun ke atas untuk membuat akaun atau log masuk TikTok, untuk memastikan bahawa pengguna bawah umur tidak menggunakan platform tersebut.

Selain itu, terdapat ciri kawalan ibu bapa yang merupakan gabungan di antara Screen Time Management and Restricted Mode. Dalam aplikasi ini, ia mempunyai fungsi dipanggil Kesejahteraan Digital. Ia membenarkan ibu bapa untuk menetapkan kata laluan apabila mengaktifkan ciri tersebut pada peranti anak anda. Tanpa mengetahui kata laluan tersebut, seorang kanak-kanak hanya boleh menonton video dalam had masa tertentu untuk sehari atau tonton kandungan media yang ditapis.

Seterusnya, fungsi pencegahan bunuh diri dalam aplikasi yang membuatkan pengguna diarahkan semula ke halaman pencegahan bunuh diri dalam aplikasi yang menawarkan tips untuk membantu menangani sebarang isu pengguna.

Disamping itu, terdapat fungsi laporan dalam aplikasi yang membolehkan pengguna melaporkan sebarang kandungan atau tingkah laku yang tidak baik untuk TikTok mengambil tindakan secara dalam masa nyata.

Anda juga boleh melihat Garis Panduan Komuniti untuk langkah-langkah keselamatan yang lebih proaktif dan komprehensif. Garis panduan ini juga menunjukkan komitmen TikTok terhadap keselamatan kanak-kanak, di mana TikTok tidak akan bertoleransi untuk tingkah laku pemangsa terhadap kanak-kanak di bawah umur.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress