Kenali Perbezaan Setiap Versi Gorilla Glass

Anda sudah pasti kerap kali mendengar nama Gorilla Glass yang cukup sinonim dengan telefon pintar serta tablet. Dibangunkan oleh Corning Inc yang berpengkalan di New York, Gorilla Glass merupakan gelas yang dihasilkan daripada bahan dipanggil alkali-aluminosilicate, yang terbentuk oleh ikatan aluminium, silikon dan oksigen.

Gelas itu mula dibangunkan pada pertengahan 2005 dengan memfokuskan kepada ketahan dari segi kerosakan serta calar dan tampil dengan rekaan yang ringan dengan ketebalan hanya o.4mm.

Hingga ke saaat ini, syarikat itu telah menghasilkan 5 versi gorilla glass yang mana setiap satunya ditambah baik dari yang sebelumnya. Mari kita lihat versi-versi tersebut.

Gorilla Glass 1

Siap dibina antara tahun 2005 dan 2006 tetapi penampilannya mendapat perhatian ramai sewaktu Apple pertama kali memperkenalkan iPhone ke pasaran iaitu pada 2007. Atas permintaan Apple, gelas tersebut dicipta setebal 1.5 mm dan mempunya laposa oleophobic yang meminimumkan kesan cap jari dan kotoran.

Selain daripada iPhone, versi ini turut melengkapi 250 jenis peranti lain.

https://www.youtube.com/watch?v=g7bQZV0GmKA

Gorilla Glass 2

Pada acara Consumer Electric Show (CES) 2012 Corning mempertontonkan Gorilla Glass 2. Masih menerapkan ciri-ciri tahan lasak seperti keluaran sebelumnya, verssi kali ini lebih nipis. Syarikat itu mendakwa, generasi kedua ini 20% lebih nipis daripada model pertama dan berdasarkan ujian ketahanan yang dijalankan, ia mampu menampung tekanan sehingga 50kg tanpa retak dan pecah.

Untuk keluaran kali ini, ia berjaya dipasang pada 600 juta peranti dan memandangkan ia nipis, pengeluar telefon pintar turut membangunkan model telefon dengan rekaan yang lebih ringan dan nipis. Contoh telefon pintar yang menggunakan Gorilla Glass 2 adalah Nexus 4 dan Samsung Galaxy S3.

https://www.youtube.com/watch?v=wT8xI4PEU8c

Gorilla Glass 3

Model kali ini didakwa lebih tahan dengan pengenalan teknologi Rintangan Kerosakan Asli (Native Damage Resistance/NDR). Menerusi teknologi NDR itu, gelas ini mampu menahan goresan yang lebih dalam lagi. Menurut Corning generasi ketiga ini mampu menghalang 35% calar pada paparan.

Antara telefon 2013 yang dilengkapi dengan Gorilla Glass 3 ialah, Samsung Galaxy S4, Moto G dan Moto X.

https://www.youtube.com/watch?v=7M1FSbGo9fU

Gorilla Glass 4

Pada 2014, mereka mengenal pasti punca masalah sebenar melibatkan skrin paparan telefon. Didapati sebanyak 70% kerosakan skrin paparan adalah disebabkan hentakan akibat terjatuh dan model yang dibangunkan ketika itu memberi tumpuan kepada ketahanan dari segi hentakan. Melalui ujian makmal yang dilakukan, Gorilla Glass 4 lebih utuh 2 kali ganda dari versi terdahulu. Samsung Galaxy Note 5 dan ZenFone 2 Laser menggunakan gelas model ini.

https://www.youtube.com/watch?v=8ObyPq-OmO0

Gorilla Glass 5

Mula diperkenalkan pertengahan 2016 yang lalu, generasi terbaru ini lebih tahan hentakan dan memberi ketahanan 4 kali ganda berbanding Gorilla Glass 4. Walaupun jatuh pada ketinggian 1.6 meter, ia masih berada dalam keadaan baik. Syarikat pengeluar menjamin teknologi gelas generasi ke 5 ini mampu menghalang keretaka sehingga 80% walaupun jatuh pada permukaan yang sangat keras pada ketinggian 1 meter.

https://www.youtube.com/watch?v=WU_UEhdVAjE

Sehingga kini pelbagai peranti sudah menggunapakai Gorilla Glass, dari telefon pintar, tablet, komputer riba, jam tangan pintar dan lain-lain lagi. Mahu lihat jenama dan peranti apa yang dilengkapi dengan Gorilla Glass? Boleh layari laman web Gorilla Glass ini.

Sumber: Android Pit