Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemungkinan Akan Ada OnePlus Nord Lebih Mampu Milik Dengan Snapdragon 690

Kemungkinan Akan Ada OnePlus Nord Lebih Mampu Milik Dengan Snapdragon 690

Diterbitkan Julai 13, 2020 oleh Meor Hasyim

OnePlus Nord akan dilancarkan bertarikh 21 Julai ini. Terdapat ura-ura baharu melaporkan bahawa Nord yang akan diumumkan ini bukanlah sebuah peranti, sebaliknya adalah siri. Ia bermaksud di bawah siri Nord, OnePlus akan menawarkan lebih dari satu model peranti pintar.

Melalui laman Geekbench, terdapat satu peranti OnePlus yang sedang diuji yang menggunakan Snapdragon 690. Untuk makluman, OnePlus sendiri sudah mengesahkan bahawa Nord akan menggunakan Snapdragon 765G, bukannya 690.

Kemungkinan Akan Ada OnePlus Nord Lebih Mampu Milik Dengan Snapdragon 690

Ini kemungkinan besar OnePlus Nord versi berlainan disebabkan ia mempunyai nama papan induk yang sama iaitu ‘Lito’. Snapdragon 690 ini merupakan cip yang baru sahaja dilancarkan oleh Qualcomm pertengahan Jun lalu dan masih belum dipakai oleh mana-mana pengeluar lagi.

Nama peranti OnePlus ini belum disahkan secara rasmi namun ia juga boleh digelar sebagai OnePlus Nord Lite disebabkan spesifikasi Snapdragon 690 yang rendah berbanding 765G. Namun begitu, cip ini masih juga menyokong 5G yang mana setaraf dengan apa yang ditawarkan oleh Snapdragon 765G.

Jika benar, OnePlus semestinya mahu mengaut semula pasaran peranti mampu milik berkuasa dengan menawarkan varian OnePlus Nord dengan harga lebih rendah. Sebelum ini, OnePlus menyasarkan harga jualan Nord di bawah 500USD (~RM2,140), untuk ‘Nord Lite’ ini, sudah tentu harga jualannya akan lebih rendah lagi pada masa yang sama masih menawarkan rangkaian 5G.

Sumber: Geekbench

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY