Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sah, Nama Peranti ‘Mampu Milik’ OnePlus Adalah OnePlus Nord

Sah, Nama Peranti ‘Mampu Milik’ OnePlus Adalah OnePlus Nord

Diterbitkan Jun 30, 2020 oleh Meor Hasyim

Setelah beberapa bulan ura-ura dan spekulasi, hari ini OnePlus sendiri telah mengesahkan nama yang bakal digunakan untuk peranti mampu milik kelas pertengahan mereka – OnePlus Nord.

https://www.instagram.com/p/CCDvb9lpaI6/

Sebelum ini dikatakan ia bakal menggunakan nama sama ada OnePlus Z atau OnePlus 8 Lite. Namun dengan kenyataan dari CEO OnePlus sendiri, ia sudah rasmi dengan nama OnePus Nord.

Dengan posisi syarikat memasarkan peranti dalam kelas premium, ia meninggalkan sejumlah ruang besar kategori kelas pertengahan dan mampu milik. Ini adalah kenapa OnePlus mahu mengisi kembali ruang ini dengan melancarkan model baharu.

Tentang penamaan ‘Nord’ tersebut, masih belum dapat dipastikan objektif, tujuan, atau latar belakangnya. Melalui ura-ura sebelum ini, ia akan dijana oleh cip Snapdragon 765, 6GB RAM, 6.65 inci dan juga 3 kamera belakang. Baru-baru ini juga terdapat maklumat mengatakan ia bakal menggunakan dwi-lensa swafoto.

Sebagai kelas pertengahan, OnePlus secara rasminya menyatakan harga jualan peranti tersebut adalah di bawah $500 (~RM2,140).

Beberapa sumber mengatakan ia bakal dilancarkan pada 19 Julai namun kebiasannya jika tarikh pelancaran sedekat itu, OnePlus sudah mengacahnya di media sosial mereka.

Sumber: Instagram OnePlus

Beli peranti OnePlus di sini:
https://invol.co/clpsom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY