Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TPM Ahmad Zahid

Kerajaan Akan Pastikan Liputan Internet Secukupnya Untuk Pelajar – TPM

Diterbitkan Mei 17, 2024 · Dikemas kini Mei 17, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Kerajaan Rancang Bina Portal Dengan Teknologi AI Lawan Scam, Tangkis Fitnah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan juga akan memastikan tiada lagi situasi pelajar terpaksa memanjat pokok hanya untuk mendapatkan liputan internet.

Selain itu, beliau menyatakan kerajaan juga akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran.

Jelasnya, biarpun berdepan dengan kekangan kewangan, kerajaan akan cuba melaksanakannya dengan segera. Ia dijangka akan dilaksanakan secara berfasa bermula tahun ini.

Di sisi yang lain, Ahmad Zahid turut memaklumkan sebanyak 8,104 makmal komputer di sekolah perlu dinaik taraf serta mampu digunakan sepenuhnya oleh guru dan murid sekolah dalam usaha memastikan Dasar Pendidikan Digital mencapai objektif yang digariskan.

Sumber: BERNAMA (1,2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY