Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google

Kemas Kini Perisian Punca Enjin Carian Google Tergendala Semalam

Diterbitkan Ogos 10, 2022 oleh ariff bukhari

Semalam telah berlaku insiden kegagalan enjin carian Google berfungsi di hampir sebahagian besar negara-negara di seluruh dunia.

Malah beberapa servis Google yang lain termasuklah Gmail, Google maps dan Google images turut dilaporkan tergendala berdasarkan aduan daripada penggunanya.

Berdasarkan laporan oleh ThousandEyes Inc, sitem Google yang tergendala itu melibatkan sekurang-kurangnya 1,338 pelayan meliputi lebih daripada 40 buah negara meliputi Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Kenya, Israel, Sebahagian Amerika Selatan, Eropah dan Asia termasuklah China dan Jepun.

Berkaitan

  • Cara Menyembunyikan Akaun Facebook Daripada Carian Di Google
  • Berapa Banyakkah Laman Sesawang Yang Wujud Ketika Ini?
  • "Jika Chrome Mengingatkan Anda Kemas Kini Pelayar, Sila Lakukannya Segera" - Google

User reports indicate Google is having problems since 9:12 PM EDT. https://t.co/MK35emuk7T RT if you're also having problems #Googledown

— Downdetector (@downdetector) August 9, 2022

Menurut jurucakap bagi pihak Google, isu servis mereka tergendala adalah berpunca daripada kemas kini perisian yang dilakukan.

Ekoran itu, pihak Google memohon maaf atas kesulitan yang di alami penggunanya di seluruh dunia.

Kesemua servis Google yang tergendala itu sudah kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY