Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Abstract geometric landscape

Berapa Banyakkah Laman Sesawang Yang Wujud Ketika Ini?

Diterbitkan Mei 3, 2021 oleh ariff bukhari

Sudah menjadi rutin harian, melayari laman sesawang adalah antara aktiviti yang sering dilakukan bagi sebahagian besar pengguna internet di seluruh dunia.

Sama ada bagi mendapatkan maklumat, dokumen, imej, video dan sebangainya, semuanya kini mudah dilakukan hanya dengan melayari laman sesawang yang banyak terdapat di internet.

Walaubagaimanapun, tahukah anda jumlah laman sesawang yang terdapat di dalam internet ketika ini?

Berdasarkan kepada laman kaji selidik oleh laman worldwidewebsize.com,ketika ini terdapat sekurang-kurangnya sebanyak 5.38 bilion laman sesawang yang berdaftar di internet.

web indeks
Indeks laman sesawang yang wujud di internet dianggarkan sekitar 5.38 bilion setakat 31 Mac 2021. Sumber: worldwidewebsize.com.

Data tersebut diperolehi bersandarkan kepada 50 set perkataan khusus yang popular digunakan dalam enjin carian Google dan Bing.

Namun begitu, jika dibandingkan dengan data jumlah laman sesawang yang dicatatkan pada awal tahun 2020 dahulu, didapati indeks laman sesawang untuk tahun ini pula sedikit menurun.

Ia mungkin disebabkan oleh enjin carian telah membuang berjuta laman sesawang spam yang sudah dimatikan.

Sumber: TechSpot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY