Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

“Jika Chrome Mengingatkan Anda Kemas Kini Pelayar, Sila Lakukannya Segera” – Google

Posted on Mac 15, 2022

Pasukan Keselamatan Pelayar Chrome menyatakan bahawa mereka sedar terhadap peningkatan serangan ke atas pelayar Google dalam tempoh 6 tahun ini.

Malah menjelaskan isu peningkatan serangan ke atas pelayar berlaku pada hampir semua pelayar yang lain juga termasuklah Internet Explorer, Firefox dan Chrome.

Peningkatan serangan ke atas pelayar dari tahun 2015 hingga 2021. Kredit: Google

Google menjelaskan, antara punca mengapa berlaku banyak eksploitasi pada pelayar adalah kerana kewujudan banyak pepijat di dalam pelayar.

Penggunaan Flash pada pelayar juga menjadi faktor yang menyebabkan pelayar menjadi sasaran mudah penggodam.

Tetapi selepas penamatan Flash dalam pelayar, populariti Chrome pula menjadi faktor pelayar itu menjadi sasaran penggodam mengeksploitasi pepijat yang ada di dalam pelayar itu.

Oleh sebab itulah, Google menegaskan bahawa apabila kemas kini terbaru ditawarkan pengguna perlu respon untuk segera mengemas kini pelayar yang mereka gunakan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa eksploitasi.

Sumber: Google

Baca juga :

  • Google Salahkan Apple, Pengguna iMessage Geli Dengan Rakan Hantar ‘Bubble’ Hijau
  • Tawar iMessage Untuk Android Akan Beri Kerugian Kepada Apple
  • iMessage Gagal Berfungsi Disebabkan Pepijat Baru iOS Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress