Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keluarkan Saman Gagal Pamer “Road Tax”, Polis Akan Siasat Anggota Terlibat – IPD Petaling Jaya

Keluarkan Saman Gagal Pamer “Road Tax”, Polis Akan Siasat Anggota Terlibat – IPD Petaling Jaya

Diterbitkan April 19, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, tular di Facebook apabila seorang pengguna telah disaman gara-gara kenderaan persendirian yang dipandu olehnya tidak mempamerkan cukai jalan.

Terbaharu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah membuat semakan dan mendapati saman tersebut telah dikeluarkan oleh anggota polis peronda pada 16 April 2023 atas kesalahan gagal mempamer cukai jalan.

Berkaitan

  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital
  • Benarkah Masih Akan Disaman Jika Tak Pamer "Road Tax"? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Walau bagaimanapun, arahan telah dikeluarkan kepada anggotanya untuk tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamer lesen kenderaan motor sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Februari lepas.

Berikutan itu, siasatan dalaman akan dibuat ke atas anggota terlibat di atas kecuaian yang dilakukan. Dalam pada itu, IPD Petaling Jaya juga telah membuat pembatalan ke atas saman tersebut.

Sumber: IPD Petaling Jaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY