Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
starship rocket 2

Kekuatan Enjin Roket Starship Bersamaan Dengan 66 Buah Boeing 747

Diterbitkan November 22, 2024 · Dikemas kini November 25, 2024 oleh ariff bukhari

Roket Starship oleh SpaceX ialah sistem pengangkutan yang boleh digunakan semula sepenuhnya.

Ia direka untuk membawa kru dan kargo ke orbit Bumi, Bulan, Marikh, dan destinasi lain.

Starship merupakan kenderaan pelancar paling berkuasa di dunia di mana ia mampu membawa sehingga 150 tan metrik secara boleh guna semula dan 250 tan metrik dalam mod sekali guna.

Jadi, untuk membolehkannya terbang ke angkasa lepas, ia semestinya memerlukan enjin yang cukup berkuasa bagi membawa kargo serta roket itu sendiri.

starship rocket 4
Enjin roket Starship dikenali sebagai Raptor.
starship rocket 5
starship rocket 6
Roket Starship dilengkapi dengan 33 enjin Raptor.

Dalam hantaran di akaun rasmi FB Space Exploration, mereka kerap berkongsikan pelbagai fakta menarik tentang keupayaan enjin roket Starship mereka.

Antaranya adalah baru-baru ini, mereka mengambil petikan daripada kenyataan Elon Musk bahawa,

“Setiap enjin roket Raptor menghasilkan tujahan dua kali lebih banyak daripada kesemua 4 enjin pada 747. Terdapat 33 enjin Raptor yang menggerakkan penggalak roket Starship.”

starship rocket

Starship SpaceX telah menyelesaikan beberapa siri penerbangan ujiannya.

Antara saat detik bersejarah syarikat itu adalah semasa penerbangan ujian kelima yang tidak pernah dilakukan sebelum ini pada Oktober lepas.

Di mana apabila ia memperlahankan dirinya dan turun perlahan-lahan kembali ke arah landasan pelancaran pada sepasang lengan mekanikal gergasi untuk menangkapnya.

Anda boleh tonton saat roket itu disambut oleh tapak pelancarannya semula.

Walau bagaimanapun, dalam siri ke-6 ujiannya yang dibuat beberapa hari lepas, misi pendaratan gagal dibuat.

Enjin penggalak roket Starship itu terpaksa dijatuhkan ke Teluk Mexico.

Menjelaskan isu itu, Elon Musk dari SpaceX berkata melalui X bahawa tangkapan penggalak telah dibatalkan kerana terputus komunikasi dengan komputer menara pelancaran.

NASA membayar SpaceX lebih daripada $4 bilion untuk mendaratkan angkasawan di bulan melalui Starship dalam misi berturut-turut akhir dekad ini.

Musk membayangkan melancarkan armada Starships untuk membina sebuah bandar suatu hari nanti di Marikh.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion
  • Ini 10 Aplikasi Terbaik 2024 Diiktiraf Google Play Store

Sumber: AP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY