Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia

Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 17, 2017 ยท Dikemas kini Oktober 17, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berita gembira buat penggemar jenama MSI kerana semalam sebuah kedai konsep telah dilancarkan secara rasmi di bandaraya Kuala Lumpur. Kedai konsep yang terletak berhampiran dengan Plaza Low Yat itu adalah yang terbesar di dunia dan dijangka mampu menarik ramai pembeli terutama dalam kalangan gamer di.

Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia

Kedai konsep dua tingkat ini sudah pasti menawarkan lebih banyak produk daripada kedai yang biasa dan juga akan dijadikan sebagai “stadium” dalam penganjuran permainan video. Terdapat juga kawasan yang menyediakan peralatan VR dimana pengguna dapat merasai pengalaman menggunakan VR One Backpack Gaming PC.

Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia

Difahamkan, Malaysia merupakan negara kedua selepas Taiwan yang mempunyai kedai konsep MSI seumpama ini. Dengan adanya kedai konsep yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini, MSI Malaysia dilihat dapat mengembangkan lagi komuniti e-Sukan dalam negara.

Syarikat juga dikatakan bakal menganjurkan pertandingan e-Sukan secara mingguan untuk golongan amatur dan dalam masa yang sama mencungkil bakat untuk kejohanan yang lebih besar.

Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia

IFKedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia

Sumber: KL Gadget Guy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY