Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kulin Hi-Tec Park

Kedah Berhasrat Tubuhkan “Kedah Science Centre” Di Kulim Hi-Tech Park

Diterbitkan Oktober 16, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan Negeri Kedah memaklumkan bahawa mereka berhasrat untuk menubuhkan “Kedah Science Centre” yang merupakan satu usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar Kedah yang hebat dalam teknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park.

Perkara itu dinyatakan oleh ‎Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah semasa majlis pelancaran Kedah STEM Fair 2025.

Beliau berharap, pemain-pemain industri di Kulim Hi-Tech Park ini dapat bekerjasama atau memberi khidmat komuniti kepada pelajar-pelajar negeri ini yang satu hari nanti mungkin menjadi pekerja mereka sekali gus meneruskan legasi pada masa depan.

Kulim Hi-Tech Park (KHTP) beroperasi secara rasmi pada tahun 1996, dibangunkan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC) iaitu syarikat sendirian berhad milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang terletak di Kulim, Kedah di dalam Koridor Ekonomi Utara.

KHTP ialah taman teknologi tinggi nasional yang menyokong pelaburan dalam pembuatan berteknologi tinggi, R&D dan pendidikan teknologi yang menempatkan sebanyak 55 pemain industri tempatan dan antarbangsa dengan lebih 45,000 pekerja.

Berkaitan

  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.1
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY