Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photoshop AI

AI Photoshop Kini Lebih Berkuasa Dengan Ciri ‘Generative Expand’

Diterbitkan Julai 28, 2023 · Dikemas kini Julai 28, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas memperkenalkan ‘Generative AI‘ iaitu ciri yang dikuasakan kecerdasan buatan untuk memudahkan pengguna menyunting gambar di aplikasi Photoshop, Adobe kini menambahkan lagi keupayaan AI pada aplikasi mereka itu dengan memperkenalkan pula ciri yang dinamakan sebagai ‘Generative Expand‘.

Generative Expand berasaskan teknologi Firefly yang sama seperti Generative Fill. Generative Expand membolehkan pengguna mengembangkan dan mensaiz semula sebarang imej dengan klik dan menyeret alat Crop bagi mengembangkan kanvas.

BEFORE – Generative Expand Beach Image

Selepas klikbutang ‘Generate‘ ruang putih baru akan dipenuhi dengan kandungan dijana AI yang secara semula jadi bercampur dengan imej sedia ada. 

AFTER – Generative Expand Beach Image

Dengan adanya keupayaan baru ini sekaligus membolehkan pengguna mencipta dan idea dalam Photoshop dengan lebih cepat dan intuitif daripada sebelumnya.

BEFORE – Portrait
Imej sebelum.
Photoshop AI
Imej selepas Generative Expand digunakan

Tidak terhenti di sini sahaja, Adobe menyatakan bahawa akan terdapat lebih banyak perkembangan generatif AI yang lebih menarik tidak lama lagi.

Selain itu juga Adobe memaklumkan, ciri-ciri berkuasa Firefly dalam Photoshop (beta) kini akan menyokong gesaan teks (prompt) dalam lebih 100 bahasa — membolehkan pengguna di seluruh dunia menghidupkan visi kreatif mereka dengan teks prompt dalam bahasa mereka sendiri.

Bagi  memastikan anda mempunyai akses kepada prompt bahasa yang dikemas kini dan menerima ciri Generative Expand, anda boleh mula mencuba dengan percuma perisian Photoshop atau kemas kini aplikasi Photoshop (beta) anda hari ini.

Berkaitan

  • Edit Foto Di Photoshop Kini Jadi Lebih Mudah Dengan Ciri 'Generative AI'
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Sambar 2 Game Aksi Dan Strategi Ini Bernilai RM109 Sekarang Kerana Sedang Percuma
  • Switch Sedang Tawar Diskaun Ekslusif Di Stor Baharu Mereka Sehingga 30 Julai 2023

Sumber: Siaran media Adobe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY