Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi ChatGPT Untuk Android Kini Tersedia Di Malaysia

Aplikasi ChatGPT Untuk Android Kini Tersedia Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 1, 2023 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini mengumumkan akses bagi aplikasi rasmi ChatGPT untuk Android kini tersedia di lebih banyak negara, termasuk Malaysia.

Berkaitan

  • OpenAI Lancar Aplikasi ChatGPT Untuk iOS
  • ChatGPT Di iOS Kini Diintegrasi Dengan Siri Dan Shortcuts

Muat turun dan pemasangan aplikasi ChatGPT boleh dilakukan melalui Google Play Store secara percuma.  Bagi pengguna yang telah membuat pradaftar sejak minggu lalu, pemasangan akan dilakukan secara automatik pada peranti Android.

Melalui aplikasi ChatGPT, ia menyediakan beberapa ciri seperti jawapan segera, input suara dan lain-lain.

Our ChatGPT app for Android is now available in all countries and regions where ChatGPT is supported! Full list here: https://t.co/nsLtZFLW6h

— OpenAI (@OpenAI) July 31, 2023

Sama seperti versi iOS, buat masa ini terdapat beberapa ciri yang masih terhad hanya untuk versi web, termasuk untuk suntingan prompt dan sebagainya.

Selain versi percuma, aplikasi ChatGPT turut menawarkan langganan ChatGPT Plus melalui pembelian dalam aplikasi.

Untuk pengguna iOS, aplikasi ini telah pun tersedia sejak beberapa bulan lalu dan boleh dimuat turun melalui Apple App Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY