Kawal Nissan GT-R Dengan Hanya Alat Kawalan PlayStation 4

Pernahkah anda terfikir mengawal kerera sebenar dengan hanya menggunakan pengawal Dualshock 4 dari konsol permainan PlayStation 4? Menarik bukan.

Kedengaran mustahil tetapi ia benar-benar berlaku hasil kepakaran oleh Dr James Brighton dari Automotive Technology Cranfield University di Birmingham. Jentera berkuasa tinggi idaman ramai, Nissan GT-R telah diubah suai supaya mampu dikawal oleh pengawal PlayStation 4.

Bayangkan anda hanya menekan butang R2 pada pengawal PS4, deruman enjin Nissan GT-R kedengaran dengan jelas dan ia bukannya permainan video tetapi dari kereta sebenar.

Untuk menjadikan ia realiti, Brighton menyambungkan alat kawalan PS4 tersebut kepada sebuah komputer melalui port MikroUSB yang mana ia mengeluarkan isyarat dan dipancarkan kepada kereta.

Kapsyen: Ruang pemandu dipenuhi dengan perkakasan untuk mengawal pergerakan kereta.


Kawalan kereta boleh dibuat dengan jarak mencecah sehingga 1KM, lebih jauh dari jarak Bluetooth untuk mengawal konsol PlayStation 4 itu sendiri. Butang R2 ditetapkan untuk mengawal minyak, L2 untuk brek, dan D-pad untuk menukar arah kedepan dan belakang.

Bagi kawalan kekiri dan kanan, ia ditetapkan pada kayu analog. Sekali imbas, ia berfungsi sama seperti anda mengawal kereta seperti dalam permainan video tetapi agak sukar untuk dikawal pada awalnya.

Mari kita lihat bagaimana jentera berkuasa ini diuji di litar lumba:

https://www.youtube.com/watch?v=tnQLbitER-4

Sumber: Tech Radar