Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri Nothing PHONE (3a)

Kamera Nothing Phone (3a) Ditambah Baik, Terima Ciri Butang Baharu

Diterbitkan Mac 26, 2025 ยท Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh ariff bukhari

Nothing, telah melancarkan kemas kini Nothing OS 3.1 untuk peranti Phone (3a) dan Phone (3a) Pro secara global.

Kemas kini ini membawa penambahbaikan kamera, ciri produktiviti baharu, dan peningkatan sistem.

Peningkatan Kamera

Kemas kini ini memperkenalkan sokongan Essential Key pada butang fizikal aplikasi kamera, membolehkan pengguna mengakses ciri tambah nota teks dengan menekan pendek atau merakam memo suara dengan menekan lama.

nothing phone 3(a)

Selain itu, kamera kini membaiki tona kulit kemerahan dalam swafoto, meningkatkan keseimbangan putih dalam gambar serta memperbaiki hasil potret dalam pencahayaan belakang.

Kawalan zum juga kini lebih mudah digunakan, dan kelajuan kamera ditingkatkan.

Model Pro pula mendapat peningkatan ketepatan fokus pada zum 2x.

Perubahan Sistem

Ciri AOD (Always-On Display) kini mempunyai peralihan yang lebih lancar.

Essential Space, hab produktiviti terbina dalam Nothing, kini beroperasi dengan lebih pantas dan stabil selepas pepijat diperbaiki.

WhatsApp Image 2025-03-26 at 11.19.21
WhatsApp Image 2025-03-26 at 11.19.21 (1)
WhatsApp Image 2025-03-26 at 11.17.38
Pengguna Nothing Phone yang lain seperti Phone 2 turut mendapat kemas kini baharu hari ini.

Jadi pengguna Nothing boleh menyemak ketersediaan kemas kini ini di Settings > System > System Updates.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Ini 3 Cara Mudah Bagi Tambahkan Saiz Storan Telefon Pintar Anda
  • Jom Belajar Surah Al-Fatihah Dengan Betul Dibantu AI Melalui Aplikasi Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY