Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera Aksi Sony RX0 Dijual Pada Harga RM3199

Kamera Aksi Sony RX0 Dijual Pada Harga RM3199

Diterbitkan Oktober 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Jika sekali imbas, Sony RX0 kelihatan mirip seperti kamera aksi popular GoPro kerana rekaannya yang berbentuk petak kecil itu.

Pertama kali dilancarkan pada penghujung Ogos yang lalu, kamera aksi ini akhirnya sudah menembusi pasaran tempatan. Hadir dengan rekaan kompak, lasak dan kalis air, RX0 disasarkan kepada pengguna profesional untuk rakaman aktiviti-aktiviti lasak.

Kamera Aksi Sony RX0 Dijual Pada Harga RM3199

Kamera Aksi Sony RX0 Dijual Pada Harga RM3199

Dilengkapi dengan sensor Exmor RS 15.3MP dan lensa 24mm Zeiss dengan kelajuan maksimum pengatup sehingga 1/32000 saat serta kemampuan rakaman gambar pada kadar 16fps.

Sesuai dengan fungsinya sebagai kamera aksi, Sony RX0 hadir dengan MPK-HSR1 housing yang mampu melindung pada kedalaman air sehingga 10m, kalis hentakan dari kejatuhan setinggi 2m, dan berupaya menahan beban sehingga 200kgf / 2000N.

Kamera Aksi Sony RX0 Dijual Pada Harga RM3199

Sony DSC-RX0 akan mula ditawarkan untuk pasaran dalam negara bulan ini pada harga RM3199.

Sumber: Lowyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY