Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera AES Akan Digunakan Untuk Mengesan Pemandu Yang Bermain Telefon Pintar

Kamera AES Akan Digunakan Untuk Mengesan Pemandu Yang Bermain Telefon Pintar

Diterbitkan November 21, 2017 · Dikemas kini November 21, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pelbagai perkara boleh menyebabkan kemalangan jalanraya berlaku dan salah satu daripadanya adalah kelekaan pengguna bermain telefon. Sudah banyak kempen kesedaran dan nasihat diberikan, namun masih banyak pemandu yang tidak mengendahkannya.

Melihat kepada permasalahan tersebut, JPJ akan mempertingkatkan lagi pemantauan terhadap kesalahan memandu sambil menggunakan telefon dan mereka yang didapati bersalah akan didenda sebanyak RM300.

Selain itu, dua jenis kamera, statik dan mudah alih akan digunakan dalam membuat pantauan keatas kesalahan tersebut. Menurut Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Liow Tiong Lai, penggunaan telefon ketika memandu adalah satu daripada 20 kesalahan yang bakal dimasukkan ke dalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), iaitu gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem mata demerit.

Beliau turut menambah, penggunaan telefon untuk mengakses aplikasi navigasi adalah dibenarkan tetapi ia seharusnya diletak di tempat khas seperti pemegang telefon.

Sumber: The Sun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY