Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Mendapati Lebih 259 Orang Mati Akibat Selfie

Kajian Mendapati Lebih 259 Orang Mati Akibat Selfie

Diterbitkan Oktober 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mungkin terlalu ghairah untuk mendapatkan gambar yang menarik, jumlah kematian akibat selfie telah mencatat angka 259 orang sejak tujuh tahun tahun lepas.

Kajian mengenai perkara ini telah dijalankan oleh beberapa kolej perubatan di India, dan didapati kes selfie maut paling banyak terjadi adalah mangsa lemas, diikuti dengan insiden membabitkan pengangkutan; seperti mengambil selfie ketika keretapi sedang lalu dan jatuh daripada tempat tinggi.

Lain-lain penyebab adalah seperti selfie dengan haiwan, senjata api dan elektrik.

Mengulas mengenai kajian itu, ketua kumpulan pengkaji itu, Agam Bansal telah memberitahu Washington Post bahawa selfie maut ini sudah menjadi masalah utama kesihatan awam.

Antara negara yang telah mengambil langkah membendung isu ini adalah Rusian dengan kempen “SafeSelfie” dan India yang mengumumkan 16 zon larangan selfie diseluruh bandar.

Sumber: Washington Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY