Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian – Dua Pertiga Golongan Dewasa Dunia Miliki Telefon Pintar Pada Tahun 2018

Kajian – Dua Pertiga Golongan Dewasa Dunia Miliki Telefon Pintar Pada Tahun 2018

Diterbitkan Disember 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berdasarkan ramalan dari kajian yang dilakukan sebuah syarikat pengkaji media, Zenith, dua pertiga daripada penduduk dewasa dunia adalah pemilik telefon pintar pada tahun 2018.

Bagi tahun 2017, pemilikan telefon pintar meningkat sebanyak 10%, sedikit menurun jika dibandingkan dengan tahun lalu iaitu sebanyak 14%. Jumlah pemilikan dilihat semakin perlahan dimana kebanyakkan pasaran sudah mencapai ketepuan.

Dijangkakan, tahun 2018 memperlihatkan peningkatan pemilikan telefon pintar oleh golongan dewasa sebanyak 8%. Menurut Zenith, Belanda bakal mendahului negara-negara lain dengan 94% golongan dewasa memiliki telefon pintar pada 2018.

Kajian – Dua Pertiga Golongan Dewasa Dunia Miliki Telefon Pintar Pada Tahun 2018

Ia disusuli dengan Taiwan, Hong Kong, Norway, dan Ireland yang diramal menjangkau angka lebih dari 90%. Pakistan dan India pula dianggarkan berada di tangga terakhir dari 52 negara yang terlibat dalam kajian ini dengan anggaran 36% dan 39.4%.

Kajian – Dua Pertiga Golongan Dewasa Dunia Miliki Telefon Pintar Pada Tahun 2018

Malaysia turut tersenarai sebagai salah satu dari 52 negara yang menyumbang kepada hasil kajian ini, tetapi tidak dinyatakan pula tentang peratusan pemilikan telefon pintar oleh rakyat negara kita.

Sumber: Zenith via Recode

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY