Kajian terkini dari Jepun mendapati bahawa permainan video atau gaming boleh meningkatkan kesejahteraan mental dan kepuasan hidup, sekali gus mencabar stereotaip negatif yang sering dikaitkan dengan aktiviti ini.
Ketika pandemik COVID-19, permainan video menjadi aktiviti popular kerana menyediakan cara selamat untuk berhubung dan berehat. Kajian ini menggunakan eksperimen semula jadi yang berlaku apabila konsol seperti Nintendo Switch dan PS5 diedarkan melalui loteri akibat gangguan rantaian bekalan.
Kajian yang melibatkan lebih 97,602 peserta berumur 10 hingga 69 tahun menunjukkan pemilikan Nintendo Switch meningkatkan kesejahteraan mental sebanyak 0.60 sisihan piawai, sementara PS5 memberikan peningkatan lebih kecil sebanyak 0.12 sisihan piawai. Menariknya, remaja dan wanita mendapat manfaat psikologi lebih besar daripada penggunaan Nintendo Switch.
Penyelidik menekankan bahawa permainan video, jika digunakan secara bertanggungjawab, boleh menjadi alat terapeutik. Kajian ini menggesa pembuat dasar dan organisasi global seperti WHO untuk mempertimbangkan pendekatan yang lebih seimbang terhadap media digital, dengan memberi tumpuan kepada manfaatnya terhadap kesihatan mental.
Penemuan ini turut membuka jalan kepada kajian lebih mendalam untuk memahami bagaimana permainan video boleh disesuaikan untuk meningkatkan kesejahteraan individu.
Selain itu, kajian tersebut juga membuka mata kepada orang di luar sana yang mana pada satu ketika dahulu, ramai beranggapan yang bermain permainan video tidak baik, buang masa, buang duit, menjadi agresif dan sebagainya.
{suggest}
Sumber: Brighter Side