Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The Coolest Ihram

Kain Ihram Dengan Teknologi Penyejukan Pertama Di Dunia Dilancar

Diterbitkan November 18, 2025 · Dikemas kini November 18, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat penerbangan Saudia Airlines telah melancarkan kain ihram dengan teknologi penyejukkan pertama di dunia.

Inovasi unik ini dihasilkan khusus untuk jemaah Haji dan Umrah.

Produk yang dinamakan sebagai ‘The Coolest Ihram’ ini adalah pakaian ihram berteknologi tinggi, menggabungkan tradisi dengan sains moden.

Ia menggunakan fabrik penyejuk canggih yang mampu menurunkan suhu kulit sehingga -2°C, sekali gus memberikan keselesaan kepada si pemakai walaupun dalam cuaca panas terik di Tanah Suci.

Kain Ihram Dengan Teknologi Penyejukan Pertama Di Dunia Dilancar
Kain Ihram Dengan Teknologi Penyejukan Pertama Di Dunia Dilancar

Projek ini dibangunkan bersama firma penjenamaan Landor dan pakar fabrik penyejuk brrr® dan telah dipamerkan buat pertama kali di Arabian Travel Market 2025, Dubai.

Keistimewaan utama ihram ini termasuklah menggunakan bahan mineral semula jadi yang menghasilkan rasa sejuk apabila disentuh, dilengkapi teknologi active wicking yang menyingkirkan kelembapan dan mempercepatkan proses pengeringan yang dapat meningkatkan aliran udara.

Selain itu, ia juga ringan dan melindungi pemakai daripada sinaran UV.

‘The Coolest Ihram’ sudah berada di pasaran yang boleh dibeli dari stor fizikal mereka di Jeddah dan Riyadh.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kos Elektrik Kereta Api Laju Di China Hanya RM0.94 sen Setiap 100Km
  • 110,000 GPU NVIDIA Bakal Kuasakan Superkomputer AI Jabatan Tenaga AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY