Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlastiRoute Spotline_1

‘PlastiRoute SpotLine’ Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang, Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Diterbitkan Disember 9, 2025 ยท Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh Amalina Athman

Kaedah PlastiRoute SpotLine digunakan buat pertama kali di laluan persekutuan di Pulau Pinang, sebagai inovasi terkini dalam sistem penandaan jalan.

Menurut THB Maintenance, teknologi ini menghasilkan garisan jalan menggunakan gabungan cat berbentuk bulat kecil berwarna putih. Dari jauh, garisan ini kelihatan seperti garisan konvensional, tetapi struktur titiknya memberikan beberapa kelebihan tambahan.

PlastiRoute Spotline_3
PlastiRoute Spotline_4
PlastiRoute Spotline_2

Antara kelebihannya termasuk meningkatkan pantulan cahaya lampu kenderaan pada waktu malam dan ketika hujan. Selain itu, ia juga membantu dari segi getaran kepada tayar kenderaan jika pemandu tersasar daripada laluan, sekali gus dapat memberi amaran awal.

Inovasi ini diperkenalkan bersama kerja penurapan semula permukaan jalan di Laluan Persekutuan FT 001 Jalan Butterworth ke Ipoh bermula dari seksyen 756.00 hingga ke seksyen 757.00 Jambatan Tuanku Abdul Rahman, yang telah dimulakan sejak 1 November lalu.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Aplikasi MYJalan Ditutup Sepenuhnya, Kini Beralih Ke MYJalan 2.0
  • LLM Lancar Aplikasi Navigasi Lebuh Raya TuJu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY