Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini 4 Jenis Kad Memori SD Yang Patut Anda Tahu

Posted on Februari 17, 2025Februari 18, 2025

Kad memori SD merupakan penyelesaian storan yang fleksibel, praktikal, dan berkapasiti tinggi untuk pelbagai keperluan pengguna.

Dengan pelbagai jenis, kelajuan, dan kapasiti yang tersedia, pengguna boleh memilih kad yang paling sesuai dengan keperluan mereka.

Tetapi, mungkin masih ramai yang keliru dengan jenis-jenis kad SD. Kad SD (SD bermaksud Secure Digital) telah wujud sejak tahun 1999. Ia pertama kali diperkenalkan sebagai pengganti kepada kad MMC (MultiMediaCard).

Di sebelah kiri adalah sampel pertama kad SD 8MB SanDisk. Di sebelahnya pula adalah kad SD SanDisk 64MB pertama yang dikeluarkan ke pasaran. Kredit: Western Digital

Kad SD dikawal selia oleh satu badan yang dikenali sebagai SDA (SD Association).

Ia ditubuhkan dalam tahun 2000 dengan kerjasama 3 syarikat terkemuka iaitu SanDisk, Toshiba dan Panasonic untuk menetapkan piawaian standard kad memori yang boleh memudahkan pengguna elektronik.

Selepas 25 tahun, SDA sudah mempunyai seramai lebih daripada 800 ahli dan kini terdapat 4 jenis kad SD yang berbeza.

SD atau SDSC

Kad Secure Digital (SD) adalah reka bentuk asal kad SD dan kadangkala juga dipanggil Secure Digital Standard Capacity (SDSC).

Ia menggunakan sistem fail FAT12 atau FAT16 dan mempunyai kapasiti maksimum 2GB. Kad ini kini dianggap sudah berusia dan ia mungkin sukar didapati lagi.

Kad SDSC (Secure Digital Standard Capacity)

SDHC

Kad Secure Digital High Capacity (SDHC), yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2006, mempunyai kapasiti maksimum yang dipertingkatkan sehingga 32GB. Ia dipraformat dengan sistem fail FAT32.

Kad SDHC dibina mengikut piawaian fizikal yang sama seperti kad SD, menjadikannya serasi dengan pembaca kad SD lama dan sebaliknya.

Kad Secure Digital High Capacity (SDHC).

SDXC

Kad Secure Digital eXtended Capacity (SDXC) pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009 dahulu.

Ia mempunyai kapasiti maksimum yang lebih besar sehingga 2TB dan menggunakan sistem fail exFAT.

Seperti SDHC, kad SDXC mempunyai saiz dan bentuk fizikal yang sama dengan kad SD yang asal. Ia juga serasi ke belakang, tetapi tidak sepenuhnya.

Sebagai contoh, sesetengah pembaca kad SDHC dan peranti hanya menyokong sistem fail FAT32 yang lebih lama, jadi anda mungkin perlu memformat semula kad SDXC sebagai FAT32 untuk menggunakannya dengan peranti SDHC.

Kad Secure Digital eXtended Capacity (SDXC).

SDUC

Kad Secure Digital Ultra Capacity (SDUC) telah pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018 dahulu adalah jenis kad SD yang paling baharu setakat ini.

Ia menyokong kapasiti sehingga 128TB dan tersedia dalam kedua-dua faktor bentuk SD standard dan microSD.

SanDisk telah melancarkan kad SDUC pada April 2024 lepas. Ia adalah kad memori pertama dalam sejarah yang mencapai kapasiti 4TB dalam faktor sekecil kad SD.

Namun, kerana standard ini masih baru, belum ada kad SDUC yang tersedia di pasaran. Kad SDUC pertama dijangka akan mula dijual pada tahun 2025 ini.

Dalam artikel akan datang akan membincangkan tentang perbezaan kelajuan kad SD pula.

Beli pelbagai jenis kad memori SD di:

  • Shopee – https://invl.io/clmf72f
  • Lazada – https://invol.co/clmf72n

{suggest}

Sumber: SD Association

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress