Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steve Jobs Business Card

Kad Perniagaan Dengan Tandatangan Steve Jobs Dilelong Lebih RM800,000

Diterbitkan Mac 23, 2024 ยท Dikemas kini Mac 23, 2024 oleh Amalina Athman

Kad perniagaan Apple Computer dengan tandangan Steve Jobs berjaya dijual pada harga $181,183 (~RM858,354) melalui lelongan di laman web RR Auction yang berakhir pada 21 Mac 2024.

Berkaitan

  • Barangan Steve Jobs Dilelong, Nilai Prototaip 'Apple-1' Lebih RM635,000
  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Menurut penyenaraian lelongan, kad perniagaan ini adalah dari sekitar tahun 1983, dan telah disahkan oleh PSA yang merupakan perkhidmatan penggredan memorabilia terkenal.

Selain tandatangan dengan dakwat hitam, kad berkenaan menampilkan logo lama Apple dengan versi ikonik warna pelangi, nama Jobs dan statusnya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple, serta alamat lama syarikat itu.

Steve Jobs Business Card_2

Untuk rekod, Jobs meninggal dunia di usia 56 tahun pada 2011. Sepanjang kariernya, Jobs tidak suka menurunkan autograf, dan ia menjadikan barangan dengan tandatangannya mempunyai nilai lelongan yang cukup besar.

Sumber: RR Auction, via MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY