Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
steve jobs

Barangan Steve Jobs Dilelong, Nilai Prototaip ‘Apple-1’ Lebih RM635,000

Diterbitkan Julai 22, 2022 oleh Nadiah Ab

Apabila Steve Jobs pertama kali menunjukkan kiub NeXT di Boston pada tahun 1988, Charless Mann menjadi saksi, merakam persembahan itu.

Rakaman itu adalah untuk siri Powersharingnya, yang merupakan rakaman kaset audio persembahan teknologi.

Dibuat di tempat sama seperti Boston Computer Society, rakaman ini menjadi salah satu peristiwa pengkomputeran penting dalam sejarah teknologi.

Bekerjasama dengan ahli sejarah teknologi, Mann telah mengekalkan sejumlah 134 rakaman yang mendokumentasikan pengkomputeran antara 1982 dan 1991.

photo_2022-07-22 17.20.55
photo_2022-07-22 17.20.52

Menurut Fast Company, tandatangan Steve Jobs dari tahun 1989 akan menjadi sebahagian daripada lelongan dalam talian.

Tandatangan itu adalah sebahagian daripada kontrak yang ditandatangani di NeXT dan merupakan salah satu bahagian terpenting yang dimiliki oleh Mann.

Dijalankan melalui RR Auction, tandatangan CEO yang terkenal itu akan digabungkan dengan barangan terkenal lain dari sejarah Apple.

Turut dinyatakan karya ini sangat jarang berlaku kerana Jobs tidak suka menulis autografnya kerana mendapati ia sebagai satu bentuk credit-hogging.

Lelongan ini sudah pun berjalan dan akan berakhir pada 18 Ogos 2022.

Selain itu, terdapat juga tandatangan orang berpengaruh lain seperti Steve Wozniak, John Sculley, dan Bill Atkinson.

Jika berminat, anda boleh layari lelongan ini di pautan INI.

Sumber: Fast Company

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY