Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-14T102406.275

Kad GXBank Hadir Pada Januari 2024

Diterbitkan Disember 14, 2023 oleh Muhd Idham

Bank digital pertama Malaysia, GXBank yang telah mula beroperasi pada November 2023 yang lepas mula mendedahkan kehadiran kad debit mereka pada Januari 2024 bersama tawaran yang pernah dikatakan dalam artikel sebelum INI.

Sehubungan dengan itu, GXBank yang direalisasikan atas kerjasama bersama Mastercard akan membawa masuk kad debit GXBank untuk kegunaan harian rakyat Malaysia menguruskan transaksi kewangan di mana-mana mesin ATM di seluruh Malaysia seperti pengeluaran wang tunai.

Kad GXBank Hadir Pada Januari 2024

Walaupun konsep GXBank ini menggalakkan penggunanya untuk menabung dengan ciri Pockets yang disediakan, kehadiran kad GXBank adalah tindakan yang dibuat bagi penyesuaian gaya hidup rakyat Malaysia sekarang.

Berdasarkan kenyataan daripada pihak GXBank, anda boleh gunakan kad GXBank ini seperti kad bank biasa seperti membayar secara tanpa sentuh dengan pembiayaan terhad sebanyak RM250 bagi setiap transaksi serta mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di dalam mahupun luar negara yang dikuatkuasakan oleh MEPS dan Mastercard.

Anda boleh menetapkan had bagi setiap transaksi melalui aplikasi GXBank seperti kenyataan di bawah:-

Screenshot 2023-12-14 095719

Selain itu, anda juga boleh tetapkan had limit transaksi kad GXBank kepada RM0 untuk tujuan keselamatan ataupun bila anda tidak mahu berbelanja menggunakan kad debit GXBank.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan kad debit GXBank, anda boleh layari laman web rasmi GXBank ataupun baca di lampiran ini.

Berkaitan

  • Aplikasi Beta GXBank Diperkenal, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • GXBank Kini Telah Dibuka Secara Rasmi Untuk Rakyat Malaysia
  • Maxis Naik Taraf Bonus Data 5G Sehingga 1TB Untuk Pengguna Pascabayar
  • Muat Turun Game Epik Penuh Aksi Berharga RM199 Ini Secara Percuma Sekarang

Sumber: GXBank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY