Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (66)

Aplikasi Beta GXBank Diperkenal, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Diterbitkan November 14, 2023 ยท Dikemas kini November 15, 2023 oleh Muhd Idham

Hari ini, GX Bank Berhad atau lebih dikenali sebagai GXBank secara rasminya telah melancarkan aplikasi beta mereka kepada 20,000 pengguna terpilih yang terdiri daripada rakyat Malaysia pada 14 November 2023.

Sebagai bank digital pertama Malaysia, GXBank semestinya telah diteliti dan dinilai oleh Bank Negara Malaysia serta menyediakan paparan navigasi yang mudah dengan ciri-ciri keselamatan untuk lindungi data-data pengguna mereka.

Aplikasi ini juga menawarkan satu ciri yang dinamakan sebagai Pockets yang berperanan untuk menggalakkan pengguna supaya menabung dengan mengasingkan duit pendapatan mereka ke dalam maksimum 10 Pockets yang berlainan.

Tambahan lagi, wang yang ada di dalam setiap Pockets itu akan memperoleh faedah harian sehingga 3% setiap tahun.

Selain itu, setiap urusan deposit yang dilakukan ke GXBank akan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit.

Antara manfaat yang disediakan untuk para pengguna:

  • Pulangan wang tunai RM20 untuk deposit minimum pertama sebanyak RM100.
  • Pengecualian yuran RM1 untuk penngeluaran tunai di mesin ATM MEPS seluruh negara.
  • Pulangan tunai tanpa had untuk setiap perbelanjaan dengan kad debit.

Cara untuk membuka akaun GXBank

Pertama sekali, muat turun aplikasi GXBank di Google Play Store dan App Store.

Screenshot 2023-11-14 160814
Screenshot 2023-11-14 160843

Seterusnya, membuat salinan digital MyKad dan lengkapkan proses eKYC yang akan disediakan di dalam aplikasi.

Screenshot 2023-11-14 161550
Screenshot 2023-11-14 161632

Tambah nilai wang minimum RM10 sebagai wang pendahuluan ke dalam akaun simpanan dan selesai.

Bagi pengguna aplikasi Grab, anda juga boleh membuat pembayaran dengan menggunakan pilihan aplikasi GXBank.

Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam fasa ujian aplikasi GXBank beta ini, anda boleh mendaftar di laman web rasmi GXBank.

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai bank digital GXBank ini, anda boleh layari laman web rasmi GXBank.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Siri vivo X100 Dilancar, Telefon Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 9300
  • 5 Jenama Telefon Ini Jadi Pilihan Di Malaysia Pada Suku Ketiga 2023
  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember

Sumber: Siaran Media GXBank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY