Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kad Grafik MSI Dengan Penyejukan Cecair Ini Terbina Skrin 8″ Pertama Dunia

Kad Grafik MSI Dengan Penyejukan Cecair Ini Terbina Skrin 8″ Pertama Dunia

Diterbitkan Januari 9, 2026 · Dikemas kini Januari 9, 2026 oleh ariff bukhari

MSI telah melancarkan kad grafik flagship GeForce RTX™ 5090 32G LIGHTNING Z, kad grafik generasi baharu yang direka untuk prestasi maksimum.

Dengan memori 32GB GDDR7, ia mampu mengendalikan permainan 4K, rendering kompleks, dan tugasan AI tanpa masalah.

Sebagai sebuha kad grafik berprestasi tinggi, ia dilengkapi teknologi TRI-FROZR 4S bagi memastikan sistem penyejukan lebih efisien melalui kipas berganda, vapor chamber, dan aliran udara yang dioptimumkan.

Malah untuk memastikan kad grafik ini beroperasi pada suhu terbaik, ia turut dilengkapi ciri penyejukkan cecair hibrid yang turut terbina paparan skrin LCD 8 inci pertama dunia untuk GPU bagi memantau suhu dan maklumat lain dengan mudah.

Kad Grafik MSI Dengan Penyejukan Cecair Ini Terbina Skrin 8″ Pertama Dunia
Kad Grafik MSI Dengan Penyejukan Cecair Ini Terbina Skrin 8″ Pertama Dunia
Kad Grafik MSI Dengan Penyejukan Cecair Ini Terbina Skrin 8″ Pertama Dunia

Reka bentuk premium dengan struktur kukuh menjadikan kad ini tahan lama, manakala pencahayaan RGB Mystic Light memberi sentuhan estetik yang boleh disesuaikan.

Kad Grafik MSI Dengan Penyejukan Cecair Ini Terbina Skrin 8″ Pertama Dunia

MSI turut menyediakan perisian khas untuk pemantauan dan penalaan prestasi bagi GeForce RTX™ 5090 32G LIGHTNING Z ini, sekali gus sesuai untuk gamer tegar, pencipta kandungan profesional, dan peminat overclocking yang mahukan kuasa grafik tertinggi.

Ketahui lanjut tentang spesifikasi kad grafik MSI terbaru ini dengan layari MSI GeForce RTX™ 5090 32G LIGHTNING Z.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Singapura Lancar Ladang Sayur Menegak Tertinggi Dunia
  • HP Umum PC Papan Kekunci Pertama Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY