Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Arc GPU

Kad Grafik Intel Masih Hidup – Projek Xe4 ‘Druid’ Dikesan Sedang Dibangunkan

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh ariff bukhari

Intel dilaporkan sedang membangunkan kad grafik generasi seterusnya di bawah Projek Druid, dikenali sebagai GPU Xe4. Ini akan menggantikan barisan Xe3 ‘Celestial’ dan bakal menjadi sebahagian daripada seni bina GPU generasi ke-15 syarikat tersebut.

Penemuan ini datang melalui kebocoran dalam repositori Git, yang menyebut terus nama “Xe4”, sekali gus mengesahkan bahawa pembangunan GPU ini sedang berlangsung secara aktif.

Setakat ini, Intel masih memberi tumpuan kepada GPU Xe3, yang dijangka digunakan bersama cip Panther Lake, dan dijadualkan memasuki pasaran secara berperingkat mulai separuh kedua 2025.

Xe3 kini sedang melalui fasa pra-silikon, di mana rakan kongsi OEM sedang menguji perisian tegar melalui versi maya.

Buat masa ini, tiada pengesahan rasmi mengenai pelancaran GPU Xe3 dalam bentuk kad grafik diskret (discrete GPU), namun pembangunan ini menunjukkan bahawa Intel serius mahu terus bersaing dengan NVIDIA dan AMD dalam pasaran GPU prestasi tinggi.

Xe4, di bawah kod nama “Druid”, dijangka hadir selepas 2026, menjadikannya pelapis seterusnya dalam barisan GPU Intel Arc.

Nama “Gen 15” diberikan kepada seni bina ini, mengikuti urutan dari Xe2 (Gen 13) dan Xe3 (Gen 14).

Walaupun butiran lanjut mengenai spesifikasi Xe4 masih belum didedahkan, penemuan ini mengukuhkan komitmen Intel terhadap segmen GPU diskret, yang sebelum ini didominasi dua pemain utama, iaitu NVIDIA dan AMD.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • DJI Mavic 4 Pro Dilancarkan Dengan 3 Kamera Boleh Putar 360°
  • Google Dedah UI Android 16 Sasar Generasi Muda

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY