Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RayNeo Air 4 Pro

Kaca Mata AR Pertama Dunia Dengan HDR10 Dilancar Bersama Edisi Batman Dan Joker

Diterbitkan Mac 2, 2026 · Dikemas kini Mac 2, 2026 oleh ariff bukhari

RayNeo memperkenalkan kaca mata AR (realiti terimbuh) baharu, RayNeo Air 4 Pro di MWC Barcelona 2026 dengan turut menampilkan edisi khas Batman dan Joker yang lengkap dengan rekaan eksklusif dan aksesori.

Produk ini digelar sebagai “TV head‑mounted” generasi baharu, menggabungkan hiburan dan produktiviti.

Kaca Mata AR Pertama Dunia Dengan HDR10 Dilancar Bersama Edisi Batman Dan Joker

RayNeo Air 4 Pro merupakan kaca mata AR pertama di dunia dengan sokongan HDR10, menawarkan visual lebih terang, kontras mendalam dengan lebih satu bilion warna.

Dikuasakan cip Vision 4000, ia mampu menukar video 2D ke 3D secara masa nyata.

Audio premium pula dibangunkan bersama Bang & Olufsen, dengan empat pembesar suara dan tiub akustik untuk pengalaman imersif.

Hanya seberat 76 gram, ia mensimulasikan skrin 201 inci dari jarak enam meter. Peranti ini serasi dengan telefon pintar, PC dan Nintendo Switch 2 melalui USB‑C.

Kaca Mata AR Pertama Dunia Dengan HDR10 Dilancar Bersama Edisi Batman Dan Joker
RayNeo Air 4 Pro adalah sati-satunya peranti AR di dunia yang menampilkan paparan Mikro OLED Full HD 0.6 inci dengan sokongan HDR10 dan kecerahan puncak kira-kira 1200 nits. Ia boleh dikembangkan kepada skrin maya setara kira-kira 201 inci.

Harga AR RayNeo Air 4 Pro ini bermula dari $249 (~RM973, Standard) dan $269 (RM1,051) bagi edisi Batman yang akan tersedia untuk pasaran Amerika Utara.

RayNeo kini memegang 24% pasaran global kaca mata AR.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Xiaomi Lancar Siri TV Mini LED 2026, Harga Cecah RM13 Ribu
  • Gerhana Bulan Penuh Akan Dapat Disaksikan Di Malaysia Bermula Jam 16:46 3 Mac 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
©2026 WISER.MY