Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Thunderbolt 5 (USB-C) Pro Cable_3

Kabel Thunderbolt 5 Pro Kini Tersedia Dengan Harga RM399

Diterbitkan Oktober 30, 2024 · Dikemas kini Oktober 30, 2024 oleh Amalina Athman

Apple baru sahaja mengumumkan Mac mini baharu, yang mana versi M4 Pro ditawarkan dengan sokongan sambungan Thunderbolt 5 yang mempunyai kelajuan pemindahan data sehingga 120Gbps.

Kini, Apple Store mula menawarkan kabel Thunderbolt 5 Pro (USB-C) untuk pembelian berasingan.

Berharga RM399, kabel braided berukuran 1 meter ini menyokong pemindahan data Thunderbolt 5 pada kelajuan sehingga 120Gbps serta serasi dengan Thunderbolt 3, Thunderbolt 4, USB 4 dan USB 3.

Thunderbolt 5 (USB‑C) Pro Cable
Thunderbolt 5 (USB‑C) Pro Cable_1

Selain itu, ia menyokong pengecasan sehingga 240W dan menawarkan output video DisplayPort 2.1.

Kabel Thunderbolt 5 Pro boleh digunakan untuk menyambungkan Mac dengan port Thunderbolt 3, 4 atau 5 (USB-C) ke paparan dan peranti Thunderbolt (USB‑C) dan USB seperti Studio Display, Pro Display XDR, dok dan pemacu luaran. Ia juga boleh digunakan untuk menyambungkan model iPhone dan iPad dengan USB-C ke Mac.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Apple Perkenal iMac Baharu Dengan Cip M4, Harga Bermula RM5799
  • Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah
  • Apple Umum Mac mini Baharu - Dikuasakan Cip M4 Dan M4 Pro, Saiz Lebih Kecil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY