Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah

Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah

Diterbitkan Oktober 29, 2024 · Dikemas kini Oktober 29, 2024 oleh Amalina Athman

Seiring pelancaran iMac dengan cip M4, Apple akhirnya mengalih keluar port Lightning daripada barisan aksesori Mac.

Magic Mouse, Magic Keyboard dan Magic Trackpad untuk Mac kini hadir dengan port pengecasan USB-C, tetapi tiada perubahan dari segi reka bentuk luaran yang lain.

Apple Magic Mouse_

Walaupun kemas kini ini boleh digunakan sebagai peluang untuk mengalihkan port pengecasan Magic Mouse, nampaknya Apple memilih untuk mengekalkannya di tempat yang sama – di bahagian bawah tetikus. Ia dapat disahkan melalui paparan augmented reality iMac baharu.

Buat pengetahuan, kedudukan port pengecasan pada Magic Mouse telah menjadi subjek ‘meme’ di media sosial sejak hampir sedekad lalu.

Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah

Berbalik kepada konteks, setiap iMac baharu didatangkan dengan Magic Mouse dan Magic Keyboard USB-C dengan warna yang sepadan, manakala Magic Trackpad tersedia sebagai pilihan.

Ketiga-tiga aksesori ini turut dijual secara berasingan dalam pilihan warna Black dan White – Magic Mouse (RM399), Magic Trackpad (RM599) dan Magic Keyboard dengan Touch ID & Numeric Keypad (RM799).

Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah
Magic Mouse
Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah
Magic Trackpad
MXK83 (1)
Magic Keyboard dengan Touch ID

Sama seperti iMac baharu, buat masa ini belum diketahui bila ia akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Apple Perkenal iMac Baharu Dengan Cip M4, Harga Bermula RM5799
  • iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY