Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kabel Dasar Laut Asia Terbaru Hampir 10,000Km Panjang Sedia Untuk Beroperasi

Kabel Dasar Laut Asia Terbaru Hampir 10,000Km Panjang Sedia Untuk Beroperasi

Diterbitkan Disember 22, 2024 ยท Dikemas kini Disember 22, 2024 oleh ariff bukhari

Kabel gentian optik dasar laut baharu yang menghubungkan Jepun ke Singapura dengan cawangan ke negara Asia lain sedia untuk beroperasi bulan ini, kata salah seorang pemajunya.

Kabel Langsung Asia (ADC), yang telah dibangunkan selama bertahun-tahun itu telah dirasmikan pada hari Rabu lalu pada satu majlis di Hanoi, ibu negara Vietnam, menurut Syarikat telekom kendalian tentera Vietnam, Viettel.

Kabel sepanjang 9,800km itu, adalah milik bersama China Telecom, China Unicom, National Telecom, PLDT, Singtel, Softbank Corp, Tata Communications, Viettel Corporation.

Asia Direct Cable (ADC)
Semakan di laman Submarine Cable Map menyatakan ADC akan beroprasi dalam suku pertama 2025 akan datang.

Kontraktor yang menjalankan projek itu pula adalah NEC dari Jepun di mana kabel itu akan mempunyai 7 titik pendaratan:

  1. Chung Hom Kok, China
  2. Shantou, China
  3. Maruyama, Japan
  4. Batangas, Philippines
  5. Tuas, Singapore
  6. Sriracha, Thailand
  7. Quy Nhon, Vietnam

Ia akan menjadi kabel bawah laut keenam Vietnam dengan negara itu merancang untuk mempunyai 15 buah menjelang 2030.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Meta Rancang Kabel Internet Dasar Laut Global Bernilai $10 Bilion
  • Saintis Jepun Berjaya Hantar Data Bersaiz 336 Tb/s Menerusi Cahaya Tunggal

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY