Jumlah Jualan iPhone X, 8, Dan 8 Plus Masih Belum Mampu Tandingi iPhone 6 Dan 6 Plus

Tidak boleh dinafikan iPhone X merupakan antara telefon pintar yang menjadi buah mulut sepanjang tahun 2017 berlangsung.

Walaupun mendapat liputan secara meluas, model yang dikeluarkan bersempena dengan ulangtahun ke 10 iPhone dipasaran itu masih belum mampu menandingi jumlah jualan edisi terdahulu dan ia termasuklah sekali dengan iPhone 8 serta 8 Plus.

Berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh sebuah firma, didapati tiga model (iPhone X, 8 dan 8 Plus)  yang diperkenalkan Apple tahun ini hanya berjaya mencatatkan 69% gabungan penjualan di Amerika Syarikat, pasaran terbesar syarikat itu.

Perbezaan ketara boleh dilihat jika dibandingkan dengan model keluaran 2014, yakni iPhone 6 dan 6 Plus yang merekodkan jualan sehingga 91% pada tempoh sama ia diperkenalkan dahulu.



Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor penyumbang seperti penghasilan iPhone X yang sedikit perlahan, dan tanda harga yang semakin meningkat.

Berlainan pula dengan pasaran kedua terbesar Apple iaitu China yang diperhatikan mendapat sambutan dari pengguna disana.

Sumber: Phone Arena