Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
akaun nintendo digodam

Jualan Nintendo Switch Meningkat Lebih 2 Kali Ganda Pada Bulan Mac

Diterbitkan April 22, 2020 oleh Amalina Athman

Menurut laporan data dari The NPD Group, jualan Nintendo Switch telah meningkat dua kali ganda pada Mac 2020 di Amerika Syarikat berbanding Mac 2019. Penjualan PlayStation 4 dan Xbox One di Amerika Syarikat turut meningkat 25 peratus dari tahun ke tahun.

Peningkatan jualan konsol permainan ini menunjukkan orang ramai mula beralih kepada permainan video sebagai hiburan sepanjang berada di rumah dalam tempoh penularan pandemik Covid-19.

Selain itu, pelancaran siri terbaru permainan video Animal Crossing iaitu New Horizons pada Mac, merupakan kemungkinan besar yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penjualan Switch.

https://twitter.com/MatPiscatella/status/1252583688438575105?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1252583688438575105&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theverge.com%2F2020%2F4%2F21%2F21229666%2Fnintendo-switch-march-npd-sales-playstation-4-xbox-one-animal-crossing

Menurut NPD, Animal Crossing: New Horizons merupakan permainan terlaris pada bulan Mac, namun tidak mendedahkan dengan lebih spesifik mengenai jumlah jualan tersebut.

Animal Crossing: New Horizons

Dalam pada itu, populariti Animal Crossing di Jepun turut meningkat dengan permainan yang terjual lebih dari 1.8 juta salinan fizikal dalam tiga hari pertama penjualannya, dan konsol Switch kini terjual lebih banyak berbanding Wii.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY