Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan Kilat Huawei – Diskaun Sehingga 70%, Anda Boleh Jimat RM4500

Jualan Kilat Huawei – Diskaun Sehingga 70%, Anda Boleh Jimat RM4500

Diterbitkan Januari 19, 2018 oleh Helmi Samsuri

Huawei menerusi akaun rasmi Facebook mereka telah mengumumkan satu jualan kilat bakal diadakan pada 22 Januari depan.

Jualan kilat terbabit melibatkan peranti seperti komputer riba Huawei Matebook, Mate Dock, dan juga Mate Pen dimana anda boleh membeli ketiga-tiganya dengan harga diskaun.

Produk yang ditawarkan itu masing masing berharga RM5399, RM399, dan RM369 menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM 6167.

Tetapi berdasarkan diskaun sebanyak 70% yang diberi, anda boleh membeli cuma pada harga RM1599, penjimatan lebih dari RM4500.

Jualan Kilat Huawei – Diskaun Sehingga 70%, Anda Boleh Jimat RM4500

Walaubagaimanapun, mungkin terdapat sedikit kesilapan pada imej diatas pada bahagian cip pemprosesan dimana laman web Vmall memaparkan cip 6th GEn Intel Core m3 dan bukannya m5 seperti diatas.

Ia bakal bermula pada 22 Januari 2018, Isnin pukul 3 petang dan pembelian perlu dibuat secara dalam talian dan untuk membeli sila layari Vmall.

Sumber: Huawei Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY