Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_indonesia apple

Jualan iPhone Kini Cecah 3 Bilion

Diterbitkan Ogos 1, 2025 · Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini mencatat satu lagi pencapaian besar apabila jualan iPhone mencecah 3 bilion sejak model pertamanya dilancarkan pada 2007.

Kenyataan itu dibuat oleh CEO Appple, Tim Cook, semasa panggilan laporan kewangan bagi suku ketiga fiskal 2025.

“Kami juga baru-baru ini mencapai satu pencapaian penting. Kami telah menghantar iPhone ke-3 bilion sejak ia dilancarkan pada 2007,” kata Cook dalam ucapan yang telah disediakan.

Sebagai rujukan, Apple telah mencapai jualan 1 bilion unit iPhone pada Julai 2016, iaitu sembilan tahun selepas model pertama diperkenalkan. Ketika itu, Tim Cook menyifatkan iPhone sebagai “salah satu produk paling penting, yang mengubah dunia dan paling berjaya dalam sejarah”.

Apple tidak pernah mengumumkan secara rasmi bila jualan iPhone mencecah 2 bilion unit, namun penganalisis menganggarkan ia berlaku sekitar September 2021.

3 billion iPhones sold!  

Thank you to everyone who’s made iPhone such an important part of their lives. I’m incredibly excited for what’s ahead!

— Greg Joswiak (@gregjoz) July 31, 2025

Angka ini dianggap penting kerana Apple telah berhenti melaporkan jumlah unit jualan bagi produk perkakasan mereka sejak November 2018.

Ketika itu, Ketua Pegawai Kewangan Apple, Luca Maestri, menjelaskan bahawa jumlah unit yang dijual dalam satu suku tahun tidak mencerminkan keadaan sebenar perniagaan.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17
  • Harga iPhone 17 Dijangka Naik Sekitar RM200
  • Risiko Tarif, iPhone Buatan India Makin Meningkat

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY