Menurut 9to5Google, Samsung hanya menjual sebanyak 70,800 unit Galaxy S20 sahaja pada hari pertama jualannya di Korea Selatan. Jumlah ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jualan 140,000 unit Galaxy S10 pada tahun 2019.
Ia lebih teruk jika mahu dibandingkan dengan Galaxy Note 10 yang menjual sebanyak 220,000 pada Ogos 2019.
Samsung mempunyai alasan disebalik kekurangan unit jualan itu. Mengikut syarikat itu, ia adalah kesan dari wabak Covid-19 dan juga diskaun peranti pintar lain.
"Jualan menurun sangat mendadak disebabkan harga diskaun peranti baru lain yang dilancarkan dan juga bilangan pengunjung yang berkurang ke kedai jualan disebabkan takut dengan wabak itu,". Jelas wakil dari Samsung.
Samsung bukan satu-satunya syarikat yang mengatakan wabak Covid-19 memberi impak terhadap prestasi kewangan. Baru-baru ini Apple juga mengumumkan pendapatan mereka juga tidak mencapai jangkaan yang sepatutnya untuk suku pertama tahun 2020.
Sumber: 9to5google
Berkaitan
- Samsung Galaxy S20 Tidak Akan Menyokong Kadar Segar Semula 120Hz Pada Resolusi Melebihi FHD
- Imej Yang Dikatakan Samsung S11+ Pula Timbul
- Motorola RAZR 2019 Hadir Dengan Rekaan Engsel Berbeza Dengan Samsung Galaxy Fold
- Ujian Prestasi Perlihatkan Galaxy Note 20 Dengan Snapdragon 865+ Lebih Pantas Berbanding Exynos 990
- Bank Mula Menyenaraihitam Samsung Galaxy S10 Atas Isu Keselamatan
- Samsung Akan Perkenalkan Galaxy S20 Fan Edition Sebagai Penerus Legasi S10 Lite
- Harga Samsung Galaxy S22 Ultra Mungkin Mencapai Sehingga RM6399 Di Malaysia - Guna Cip Snapdragon 8 Gen 1
- Ini Harga Pasaran Malaysia Untuk Siri Galaxy Note 20, Bermula RM3,899
- Samsung Umum Galaxy A21s Dengan Kuad Kamera 48MP Serta Bateri 5000mAh
- Samsung A12 Dan A02s Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Bermula RM529