Ujian Prestasi Perlihatkan Galaxy Note 20 Dengan Snapdragon 865+ Lebih Pantas Berbanding Exynos 990

Realiti pengguna di Malaysia adalah model mercu Samsung seperti Galaxy S10, S20 dan juga yang terbaharu Galaxy Note 20 menerima cip Exynos 990 dan bukannya Snapdragon 865+.

Untuk makluman, hanya beberapa negara seperti Amerika menerima varian Galaxy Note 20 dengan cip Snapdragon 865+. Lain-lain dari negara tersebut, kesemuanya menggunakan cip Exynos 990.

Seperti yang diketahui, buat masa ini Qualcomm mempunyai pertaruhan Snapdragon 865+ sebagai cip terpantas mereka Samsung pula dengan Exynos 990.

Sudah menjadi tradisi untuk Samsung menjual dua buah varian cip dan disebabkan prestasi cip Snapdragon semakin berkuasa, ramai pengguna Malaysia mengeluh menerima berita Note 20 untuk pasaran tempatan akan menggunakan cip Exynos.

Baru-baru ini, sebuah video dari saluran YouTube Speed Test G telah membandingkan prestasi antara Snapdragon 865+ dan Exynos 990 untuk melihat sejauh mana perbezaan mereka.

https://youtu.be/8hFgvR7k0tY

Seperti didakwa, Galaxy Note 20 Ultra dengan Snapdragon 865+ tersebut lebih pantas berbanding dengan varian Exynos 990. Apa yang menarik, untuk kategori ujian gabungan CPU+GPU, namun untuk ujian CPU atau GPU sahaja, Snapdragon 865+ menang mudah.

Secara keseluruhan, ujian ini menunjukkan prestasi pada Snapdragon 865+ adalah jauh lebih pantas dengan 19 saat di hadapan berbanding Exynos 990.

Kapsyen: Dari Speed Test G


Dengan prestasi sebegini, sudah tentu ia menimbulkan rasa tidak puas hati untuk pengguna Galaxy Note 20 kerana membayar sejumlah yang tinggi yang untuk menerima prestasi yang tidak secukup rasa.

Namun begitu, perlu diingatkan Exynos 990 ini tidaklah pula memberikan masalah dalam penggunaan seharian. Baik untuk menggunakan aplikasi seharian, mengambil gambar, melayari internet dan sebagainya, ia bukanlah sebuah cip yang bermasalah.

Ini adalah disebabkan jika pengguna mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit, sepatutnya mereka mendapat yang terbaik untuk sesebuah telefon pintar.

Tambah pula ada telefon pintar yang lebih murah boleh didapati dengan Snapdragon 865+ tersebut.

Agak aneh mengapa Samsung tidak terus menggunakan cip Snapdragon pada produk mercu mereka ini sedangkan ia dimuatkan pada Galaxy Z Flip 5G, Z Fold 2 malah Galaxy Tab S7 dan S7+.

Tahun-tahun sebelum ini, telefon Samsung dengan Exynos mempunyai prestasi sedikit pantas berbanding Snapdragon seperti pada era Galaxy S6.

Namun untuk tahun 2020 ini, Snapdragon lebih pantas berbanding Exynos, dan sebagai pembeli yang tinggal di negara yang menerima varian Exynos, sudah tentu perkara ini sedikit mengecewakan.

Sumber: Speed Test G