Samsung Malaysia kini baru sahaja memperkenalkan 2 telefon pintar baharu kelas permulaan iaitu Samsung Galaxy A12 dan Galaxy A02s yang memfokuskan kepada kapasiti bateri besar.
Kedua-dua model ini telah pun diperkenalkan di Eropah dan baru sahaja memasuki pasaran Malaysia.
Samsung Galaxy A12
Samsung Galaxy A12 hadir dengan skrin TFT LCD berukuran 6.5 inci dengan resolusi HD+.
Untuk cip pemprosesan ia dijana oleh MediaTek Helio P35 bersama-sama 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Kamera belakang pula adalah 48MP utama, 5MP sudut lebar, 2MP depth, dan 2MP makro manakala swafoto pula dari 8MP.
Bateri berkapasiti 5,000mAh dimuatkan yang juga menyokong pengecasan pantas 15W. Selain pengimbas cap jari pada bahagian sisi, Galaxy A12 juga turut didatangkan dengan 2 pilihan warna biru dan juga hitam.
Untuk harga pasaran Malaysia, Samsung Galaxy A12 dijual pada harga rasmi RM799.
Samsung Galaxy A02s
Untuk yang mahukan pilihan lebih bajet, Samsung Galaxy A02s ditawarkan pada harga rasmi RM529.
Dengan harga jualan tersebut, anda akan memiliki sebuah telefon dengan cip Snapdragon 450, 3GB RAM dan storan dalaman 32GB.
Untuk skrin, ia adalah bersaiz 6.5 inci dengan skrin TFT HD+.
Terdapat kamera belakang dengan 13MP utama, 2MP makro, dan 2MP depth manakala swafoto pula 5MP.
Bateri sedikit kecil 4,000mAh disertakan dengan 3 pilihan warna hijau, hitam, dan merah.