Sebelum ini sudah maklum bahawa siri Samsung Galaxy S20 akan mempunyai kadar segar semula 120Hz. Ia merupakan perubahan skrin yang agak drastik kerana Samsung melangkau terus 90Hz dan terus menggunakan 120Hz untuk peranti mereka.
Kicauan terkini dari IceUniverse mendakwa bahawa Samsung tidak akan membenarkan tetapan 120Hz jika resolusi paparan ditetapkan kepada QHD. Jadi pilihan yang tinggal adalah FHD pada 60Hz, QHD pada 60Hz dan FHD pada 120Hz.
It can now be said with certainty that Samsung has cancelled the WQHD 120Hz option of the Galaxy S20 series, leaving only FHD 60Hz, FHD 120Hz, WQHD 60Hz. this means that we can't have the best resolution and the best refresh rate at the same time. What is your opinion on this? pic.twitter.com/GaYJuOubw8
— Ice universe (@UniverseIce) January 14, 2020
Pengguna peranti dengan kadar segar semula yang tinggi seperti 90Hz atau 120Hz semestinya sudah faham dengan fitrah paparan tersebut. Ia menggunakan kuasa bateri yang tinggi. Samsung mungkin ingin menjimatkan penggunaan bateri pada siri Galaxy S20 dengan mengehadkan tetapan 120Hz hanya pada FHD sahaja.
Ini bermaksud anda tidak akan mempunyai resolusi terbaik dan juga kadar segar semula terbaik pada masa yang sama. Anda hanya boleh pilih salah satu sahaja. Namun, model tertinggi S20 iaitu S20 Ultra 5G akan mempunyai bateri sebesar 5,000mAh.
Mungkin suatu ketika nanti Samsung akan membenarkan tetapan 120Hz pada QHD pula disebabkan bateri yang digunakan agak besar untuk menyokong tetapan tersebut. Apa-apa pun, ini hanyalah spekulasi sahaja. Untuk melihat Galaxy S20 dilancarkan secara rasmi, tarikh yang diperkatakan adalah 11 Februari ini.
Sumber: IceUniverse, MaxWeinbach