Harga Samsung Galaxy S22 Ultra Mungkin Mencapai Sehingga RM6399 Di Malaysia - Guna Cip Snapdragon 8 Gen 1

Esok adalah merupakan hari pelancaran rasmi untuk siri Samsung Galaxy S22. Siri ini adalah siri kelas premium Samsung untuk tahun 2022 yakni membawakan spesifikasi dan perkakas tertinggi berbanding model-model lain.



Namun begitu, walaupun belum dilancarkan lagi, sudah terdapat penyenaraian Galaxy S22 Ultra oleh salah sebuah pengedar sah melalui kedai atas talian Lazada.



Penyenaraian itu kemudiannya telah dibuang namun pihak Amanz terlebih dahulu berjaya menangkap layar 'bukti' penyenaraian sebelum ia hilang.

Menerusinya, ia memperlihatkan Samsung S22 Ultra ini akan mempunyai beberapa konfigurasi memori menawarkan varian tertinggi mencecah RM6,399 untuk RAM 16GB dan storan 1TB.

Apa yang menariknya adalah ia membawakan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan bukannya cip Exynos 2200.

Ini sudah tentu sesuatu yang mengujakan untuk peminat Samsung disebabkan selama ini mereka asyik disajikan dengan prestasi cip Exynos yang agak kontroversi.

Jika benar, kemungkinan besar cip Snapdragon itu bukan sahaja terhad kepada Galaxy S22 Ultra, tetapi untuk kesemua model S22 serta S22+.

Kendatipun, perkara ini bukanlah sesuatu yang rasmi dari Samsung Malaysia sendiri. Jadi sama-samalah kita tunggu spesifikasi dan harga rasminya pada 9 Februari (esok).

Sumber: Amanz, Lowyat

Baca juga:

Berkaitan