Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Akan Melepaskan Kemas Kini Minggu Depan Bagi Menangani Isu Imbasan Cap Jari

Bank Mula Menyenaraihitam Samsung Galaxy S10 Atas Isu Keselamatan

Diterbitkan Oktober 22, 2019 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini Samsung Galaxy S10 mengalami isu keselamatan ekoran cap jari tidak didaftarkan boleh menyahkunci peranti tersebut. Nampaknya beberapa bank di UK mula mengambil serius masalah ini dan mula menyenaraihitam pengguna peranti tersebut.

Laporan mengatakan bahawa pengguna lain boleh menyahkunci peranti pemilik dengan mudahnya menggunakan pelindung skrin pihak ketiga,

Samsung walau bagaimanapun telah mengakui isu ini dan sedang berusaha untuk mengatasinya. Mengikut kiriman asal Reddit, seorang pengguna mengesahkan bank NatWest menarik aplikasi perbankan mereka dari Play Store untuk pengguna S10 dan S10+. Bank Nationwide Building Society pula sebaliknya hanya menghalang pengguna untuk menggunakan cap jari pada aplikasi perbankan mereka.

Screenshot 2019-10-22 at 17.45.01

Kemaskini untuk mengatasi masalah ini akan hadir seawal minggu hadapan menurut Samsung. Jadi, pengguna tidak perlu risau dengan masalah ini bakal berlanjutan membantutkan penggunaan peranti seharian.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY