Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
qr pay

Semakin Ramai Pengguna Di Malaysia Tidak Lagi Bayar Dengan Wang Tunai – Kajian

Diterbitkan Mac 27, 2025 oleh ariff bukhari

Perkembangan pesat metod pembayaran secara digital di Malaysia menyaksikan pembayaran tunai menurun dengan mendadak.

Menurut laporan Worldpay, penggunaan tunai di Malaysia telah menurun secara mendadak, daripada 71% POS (Point of Sale)
nilai transaksi pada 2014 menurun kepada 23% pada 2024.

Ia diganti dengan pembayaran secara A2A (Akaun ke akaun) yang kini menjadi kaedah pembayaran e-com terkemuka di Malaysia.

Worldpay berkata, A2A melalui kod QR DuitNow ialah kaedah pembayaran yang paling pesat berkembang di POS, dengan unjuran pada 12% CAGR dari 2024-2030.

DuitNow juga semakin berkembang yang kini saling beroperasi dengan sistem pembayaran serantau yang lain termasuk di Kemboja, Filipina, Vietnam serta WeChat Pay China yang dianggarkan mempunyai 1.4 bilion pengguna.

Dompet digital pula diketuai oleh penyedia domestik Touch ‘n Go dan Boost serta GrabPay dan Shopee Pay yang berpangkalan di Singapura juga turut terus mendapat tempat di Malaysia.

Malaysia payment methods
Malaysia payment methods
Malaysia payment methods

 

Namun, Worldpay tetap menyatakan bahawa pembayaran wang tunaiĀ  memainkan peranan penting dalam e-dagang, di mana COD dan kaedah berasaskan tunai lain yang diakaunkan mencatatkan 7% daripada nilai transaksi dalam talian 2024.

Berkaitan

  • HUAWEI Watch GT 5 Edisi Emas Kini Di Pasaran, Sokong Ciri Pembayaran QR TNG
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Gmail Dilapor Akan Gantikan Ciri Pengesahan 2 Faktor Dengan Kod QR

Sumber: Worldpay Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY