Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyKad Wide

MyKad Perlu Dalam Keadaan Baik Untuk Terima RM100 SARA – JPN

Diterbitkan Julai 25, 2025 · Dikemas kini Julai 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan RM100 secara one-off kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), mulai 31 Ogos 2025.

Sumbangan ini akan disalurkan melalui MyKad dan boleh dibelanjakan di 4,100 premis runcit melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori – termasuk beras, telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan dan keperluan sekolah.

Oleh yang demikian, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memuat naik hantaran di Facebook berkaitan MyKad.

Walaupun hantaran tersebut tidak menyatakan langsung berkaitan inisiatif SARA tetapi semua boleh tahu bahawa ia merujuk kepada RM100 yang akan diberikan melalui MyKad.

MyKad Perlu Dalam Keadaan Baik Untuk Terima RM100 SARA – JPN
MyKad Perlu Dalam Keadaan Baik Untuk Terima RM100 SARA – JPN
MyKad Perlu Dalam Keadaan Baik Untuk Terima RM100 SARA – JPN

JPN mengingatkan kepada rakyat untuk pastikan MyKad dalam keadaan baik agar tidak mendatangkan masalah nanti. Ini kerana kad terlalu lama (lebih 10 tahun) berisiko untuk cip haus atau terpadam.

Pada masa sama, JPN turut berkongsikan cara-cara untuk ganti MyKad yang rosak.

Untuk memudahkan anda, kami anda tunjuk bagaimana proses penggantian MyKad secara dalam talian. Anda boleh rujuk di SINI.

Berkaitan

  • MyKad Hilang Atau Rosak? Ini Cara Tukar IC Secara 'Online'
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Rakyat Malaysia Umur 18 Tahun Ke Atas Akan Terima SARA RM100 'One-Off'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY