Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
palang kad pengenalan

Elak Kad Pengenalan Disalah Guna, JPN Saran Untuk Lakukan Ini

Diterbitkan Ogos 12, 2022 oleh Amalina Athman

Sering kali kita mendengar akhir-akhir ini mengenai penipuan dalam talian. Pelbagai taktik dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengakses data peribadi pengguna. Untuk mendapatkan data peribadi ini, ada yang menyamar dengan membuat panggilan sebagai wakil agensi kerajaan, menghantar e-mel memenangi hadiah, atau SMS dengan pautan palsu dan sebagainya.

Sudah tentu, dari pihak kita sendiri seharusnya lebih berhati-hati untuk tidak memberikan maklumat peribadi begitu sahaja. Sebagai contoh, apabila melakukan proses permohonan tertentu. Adakalanya, kita mungkin memberi sahaja salinan kad pengenalan yang diminta dengan sepenuh kepercayaan, tanpa membuat palang.

Berikutan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini memberi saranan kepada pengguna untuk palang salinan kad pengenalan terlebih dahulu sebelum memberinya kepada pihak tertentu. Jika tidak, ia mungkin boleh disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu.

TIPS PALANG SALINAN KAD PENGENALAN

Palang salinan kad pengenalan anda supaya ia tidak disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

===
Telegram JPN: https://t.co/pz4AelRmsR

Tiktok JPN: https://t.co/vgUNb9jbEz#RakyatDiHatiJPN#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/gQslsPx2N3

— Jabatan Pendaftaran Negara 🇲🇾 (@jpnhqofficial) August 12, 2022

Caranya adalah dengan membuat palang dua garisan lurus pada dokumen dengan menulis tujuan atau atas urusan apa dokumen tersebut digunakan. Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan dokumen peribadi disalahguna pihak tidak bertanggungjawab.

Berkaitan

  • Elak Penipuan dalam Talian, Digital ID Akan Dilaksana Sepenuhnya Pada 2024
  • JPN Dedahkan Taktik Penipuan Terkini Servis Kad Pengenalan
  • Ini 5 Taktik Penipuan Scammer Mengaitkan LHDN Bagi Menipu Mangsa

Untuk makluman, kerajaan pada tahun lalu telah mengumumkan Digital ID akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2024, untuk mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian. Dijangka, melaluinya juga membolehkan semakan serta pengesahan individu warganegara dengan mudah dan tepat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY