Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media _iphone 16 pro wiser

JPM Nafi Keluarkan Perintah Larangan Telefon Pintar Untuk Individu Bawah 16 Tahun

Diterbitkan Oktober 27, 2025 · Dikemas kini Oktober 27, 2025 oleh Amalina Athman

Dokumen bertajuk “Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun” yang sedang tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu.

JPM Nafi Keluarkan Perintah Larangan Telefon Pintar Untuk Individu Bawah 16 Tahun

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain untuk mengelak sebarang kekeliruan. Penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.”

Pada 17 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kabinet menyarankan tiga langkah bagi menangani isu keselamatan di sekolah termasuk cadangan melarang penggunaan telefon pintar bagi pelajar berumur 16 tahun ke bawah.

Namun begitu, cadangan tersebut masih dalam peringkat penelitian dan belum dilaksanakan.

Dalam masa sama, kerajaan turut meneliti cadangan untuk menaikkan had umur minimum pengguna media sosial kepada 16 tahun.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana eKYC Guna MyKad, Passport Atau MyDigital ID
  • Malaysia Bakal Wajibkan Platform Media Sosial Laksana Had Umur Pengguna - Fahmi
  • Kerajaan Cadang Naikkan Had Umur Pengguna Media Sosial Kepada 16 Tahun - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY