Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG_0188 (1)

JPJ Nafi Keluarkan Lesen Memandu Tanpa Ujian

Diterbitkan Disember 3, 2024 · Dikemas kini Disember 3, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menafikan dakwaan di media sosial yang mengatakan bahawa pihaknya mengeluarkan lesen memandu tanpa ujian.

JPJ dalam satu hantaran di Facebook berkata ia menerima laporan berkaitan pengiklanan perkhidmatan ‘lesen terbang’ di platform TikTok yang menggunakan nama ‘@lesenmemandu_my’.

Menerusi iklan di laman ‘Tiktok’ yang menggunakan nama ‘@lesenmemandu_my’ itu, beberapa perkhidmatan ditawarkan antaranya boleh memilih kelas lesen bagi permohonan lesen tanpa ujian, lesen memandu yang akan diterima adalah sah dan direkodkan dalam sistem JPJ.

Jabatan itu menegaskan pihaknya memandang serius mengenai sindiket lesen terbang dan siasatan lanjut akan dilakukan, termasuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

JPJ Nafi Keluarkan Lesen Memandu Tanpa Ujian

Pada masa yang sama, JPJ menasihatkan pengguna agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat.

Berkaitan

  • Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • JPJ Mungkin Kenakan Bayaran Untuk Cetakan Fizikal Lesen Memandu
  • Waspada SMS Penipuan Berkaitan Lesen Memandu - JPJ

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY