Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G malaysia__

Kerajaan Dilapor Rancang Perkenal Rangkaian 5G Kedua Untuk Pecah Monopoli

Diterbitkan April 17, 2023 ยท Dikemas kini April 17, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini dilapor dalam perancangan untuk memperkenal rangkaian 5G kedua bermula tahun depan, dalam rombakan dasar terbaharu yang bertujuan untuk memecah monopoli dan menggalakkan persaingan.

Berkaitan

  • Hanya 1% Pengguna 5G Di Malaysia - GSMA
  • Purata Kelajuan Muat Turun Digi 5G Adalah 18.7 Kali Lebih Pantas - OpenSignal
  • Rangkaian 5G Kini Capai 55% Kawasan Berpenduduk - Fahmi Fadzil

Memetik sumber yang memberitahu Reuters, kerajaan mempertimbang untuk memperkenal rangkaian 5G kedua mulai Januari 2024, bagi memberi persaingan kepada Digital Nasional Berhad (DNB) yang merupakan satu-satunya penyedia infrastruktur rangkaian 5G buat masa ini.

Walau bagaimanapun, perkara itu dikatakan masih dalam penilaian dan belum ada keputusan mengenainya yang dibuat.

Sementara itu, kertas cadangan mengenai rancangan berkenaan dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Rabu ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan peratus liputan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai 55% di kawasan berpenduduk, setakat penghujung Mac.

Beliau juga berkata beberapa perkara telah dipertimbangkan bagi mempercepat dan memastikan sasaran 80% kawasan berpenduduk mendapat liputan 5G dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY